♥ ukhwah fillah♥

10 May 2011

Indahnya Ikhlas


Sewaktu di sekolah menengah, seorang pelajar baru bernama Aminah pindah ke sekolah saya yang majoriti pelajarnya berbangsa Cina dan Melayu. Sepertimana di sekolah lain, setiap bulan kami menduduki ujian bulanan untuk setiap subjek. Pelajar Cina terkenal cemerlang dalam beberapa subjek tertentu, pelajar Melayu pula cemerlang dalam subjek lain, manakala yang India pula lain ceritanya.
Bagaimanapun, satu subjek di mana pelajar Cina dan India sentiasa menewaskan pelajar Melayu ialah Bahasa Inggeris. Ini kerana, ramai daripada pelajar Cina dan India ibubapanya berpendidikan tinggi dan bercakap dalam Bahasa Inggeris di rumah. Malah, ramai yang ada tutor persendirian pula.

Entah macam mana, dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan Lima, saya mendapat markah yang tinggi dalam Bahasa Inggeris. Saya pun apa lagi, terasa bangga dan menunjukkannya kepada Aminah. Namun reaksinya menghairankan saya. "Wow! Alhamdulillah, Jam. Awak kalahkan semua pelajar lain!" Saya terpegun sejenak dan terfikir, "Dia gembira kerana saya?" Tapi paling memeranjatkan saya ialah bila dia menunjukkan pula kepada saya kertas ujiannya sendiri. Markahnya lebih rendah daripada saya. Terpempan saya dibuatnya. Bagaimana boleh dia bergembira sedangkan yang mendapat markah tinggi saya, bukannya dia?

Saat itu saya sedar bahawa dialah kawan sejati yang amat sukar ditemui. Sejak itu, saya amat menyayangi dan menghormatinya sebagai seorang rakan. Buat diri saya, inilah pengajaran tentang pentingnya IKHLAS, bagaimana sepatutnya seorang insan yang ikhlas harus berkelakuan kepada orang lain. Ia sesuatu yang baru untuk diri saya. Selama ini saya menyangka, sikap dengki, iri hati dan cemburu bila orang lain melebihi diri kita adalah kelaziman di dunia ini. Alangkah bersyukurnya saya kerana dipertemukan dengan sahabat yang hatinya semulia dia.

KEIKHLASAN SUMBER KETENANGAN JIWA

Sebagai ibu bapa atau pendidik, tahukah anda bahawa angka remaja yang membunuh diri dan yang menderita pelbagai tekanan jiwa di seluruh dunia kini meningkat tinggi? Satu sebab utama ini berlaku kerana remaja ramai yang mencari makna dan ketenangan hidup dari sumber yang tidak wajar. Alkohol, dadah, perhubungan bebas luar nikah, merokok, dan bermacam lagi hanya membawa kepada tekanan jiwa, kehidupan yang penuh derita, kosong dan tiada makna.
Dalam Islam, keikhlasan adalah titik tolak setiap fikiran dan perbuatan kita. Ini bermakna, apa sahaja yang kita lakukan semata-mata bertujuan mencari keredhaan Allah Maha Pengasih. Cuba anda renung sejenak. Mengapa pula Allah menghendaki sedemikian sedangkan Dialah Yang Maha Berkuasa? Jawabnya: Kerana Allah Maha Pengasih tahu hanya keikhlasan yang boleh menjamin kesejahteraan hidup kita. Satu-satunya cara untuk kita gembira dalam hidup ialah apabila kita ikhlas berbuat apa sahaja semata-mata kerana Allah, tanpa mengharapkan pujian orang lain.

Tidak lama dulu, saya mengikuti seminat Heart Purification (Penyucian Hati) dianjurkan oleh Institut AlKauthar (http://www.alkauthar.org), diajar oleh Sheikh Abu Abdissalam. Keratan notanya, bila diterjemahkan, berbunyi begini:

"Bila anda mengharapkan cinta, kasih sayang, pujian, kejayaan, kegembiraan dan pengiktirafan daripada insan lain, anda akan putus asa. Satu-satunya cara untuk anda menikmati hidup yang tenang dan penuh makna ialah dengan meletakkan harapan semata-mata kepada Allah. Di dalam Al-Quran Allah berfirman: 'Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.' Surah Ar-Ra'd: 28.'"

Pada hemat saya, ayat di atas cukup menarik kerana ia memberi bukti yang kukuh mengapa kita mesti ikhlas. Ibu bapa dan pendidik perlu peka; jika inginkan anak-anak dan anak didik yang benar-benar gembira, tenang dan berjaya hidupnya, ajar mereka supaya ikhlas. Emosi negatif seperti dengki mendengki, cemburu dan iri hati tidak bertempat, tamak haloba dan benci akan lenyap dengan sendirinya bila kita ikhlas.

TIPS MENGAJAR ANAK SUPAYA IKHLAS

Ikhlas juga bermakna kita bersikap jujur dan tidak berpura-pura. Telus dengan diri sendiri dan orang lain serta mengakui kelemahan diri sendiri. Bayangkan jika diri tidak ikhlas. Ia hanya membuatkan anda pincang. Bagaimana mungkin anda boleh menjadi orang yang lebih baik jika tidak telus dengan diri sendiri? Bagaimana mungkin mengharapkan untuk mendidik anak menjadi ikhlas jika kita sendiri tidak ikhlas?

Cara-cara mudah untuk mendidik anak bersikap ikhlas:
  1. Terapkan dalam mindanya. Ulang dan ulang lagi. Bila anda menghantar anak ke sekolah atau sebelum dia melangkahkan kaki ke sekolah, ingatkan "Ajim, ikhlaslah dengan apa sahaja yang Ajim buat." Tanya dia "Kenapa Ajim mesti ikhlas?" Katakan "Sebab, itulah satu-satunya cara untuk hati menjadi tenteram. Jika kita tidak ikhlas, semua usaha kita sia-sia kerana Allah tidak akan menerimanya."Jika anda ulangi setiap hari, kata-kata ini akan tertanam di dalam kotak fikiran anak anda. 
  2. Jangan salahkan orang lain. Meskipun orang lain tidak tahu kesilapan anda, akuilah jika anda yang bersalah.Jangan sekali-kali menganggap diri terlalu mulia untuk meminta maaf kepada suami atau isteri, anak, rakan, jiran atau ibu bapa sendiri.Tanyalah "Apa yang boleh aku lakukan untuk memperbaiki keadaan ini?"
  3. Jangan harapkan balasan untuk kebaikan yang anda lakukan. Ini penting, lebih-lebih lagi jika orang yang anda bantu langsung tidak menghargai usaha anda atau lebih teruk, membalasnya dengan kata-kata kesat.Yakinlah bahawa Allah akan memberi anda ganjaran bagi kebaikan yang anda lakukan. 
  4. Bergembiralah jika orang lain lebih baik daripada anda. Seperti kawan baik saya, Aminah, tunjukkan kepada anak anda bahawa anda gembira bila sahabat, saudara-mara atau adik-beradik anda lebih senang hidupnya. Doakanlah untuk kesejahteraan mereka seperti anda mendoakan untuk diri anda dan keluarga sendiri.
Terbaru, saya menghadiri satu lagi seminar anjuran Institut AlMaghrib (http://almaghrib.org) berjudul A Heart Serene (Hati Yang Tenang) yang diajar oleh Sheikh Riad Ouarzazi. Petikan daripada notanya bila diterjemah berbunyi begini:
Beberapa tanda keikhlasan:
  • Niat yang murni sebelum memulakan sesuatu perbuatan
  • Menyempurnakan apa sahaja yang dibuat sama ada dilihat oleh orang lain atau sebaliknya
  • Mengalu-alukan nasihat daripada rakan taulan
  • Sentiasa insaf dengan kelemahan sendiri
  • Merasakan yang sumbangan anda kecil berbanding orang lain
  • Dan banyak lagi ...
Saya kira anda mungkin tertanya-tanya apa yang terjadi kepada sahabat karib saya, Aminah. Kini beliau seorang pakar psikiatri pediatrik, iaitu doktor pakar penyakit mental kanak-kanak. Saya boleh bayangkan beliau sekarang, melayani semua kanak-kanak yang berjumpa dengannya dengan senyumannya yang mesra dan ikhlas. Tidak syak lagi, beliau menceriakan sesiapa sahaja yang menemuinya!
- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Jamilah Samian seorang Certified Professional Trainer (CPT) dan aktif dalam Toastmasters International. Beliau berkelulusan Ijazah Psikologi dari Upper Iowa University (USA), Ijazah Sains Komputer dan Matematik dari Indiana State University (USA) dan Diploma Penulisan dari London School of Journalism (UK). Beliau adalah penulis buku "Cool Mum Super Dad" dan "Cool Boys Super Sons." Sebuah ungkapan yang paling beliau gemari adalah "I believe in the amazing human capacity to change for the better."


Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

Jauhi Riak

PENYAKIT
rohani yang mengancam kemurnian akidah umat Islam ialah sifat riak yang masih wujud walaupun ia dibenci Allah. Riak boleh membinasakan segala kebaikan dan pahala amal soleh seseorang itu. Sifat riak boleh dihindari dengan memperkuat dan mempertingkatkan iman sementara hati sentiasa takut akan azab dan seksaan Allah di akhirat nanti.

"Nun, demi pena dan apa-apa yang mereka tuliskan" 


Imam Al-Ghazali berkata, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal kebajikan. Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat, riak ialah menuntut kedudukan atau minta dihormati orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.

Paling mudah disimpulkan, riak adalah perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan orang lain. Hal ini bertentangan kehendak Islam yang menyeru umatnya beramal atau melakukan perkara kebajikan dengan hati ikhlas mengharapkan keredaan Allah.

Jika penyakit riak dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia akan membinasakan kemurnian akidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam. Memang ada kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau ibadat hanya untuk mengaburi mata orang ramai.

Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadat untuk menunjukkan kononnya mereka itu baik, pemurah, warak atau rajin beribadah.

Mereka lakukan perkara itu kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya.

Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhkan diri daripada perbuatan riak. Sabda baginda bermaksud: Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu (Hadis riwayat Ad-Dailami)

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً


Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk salat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan salat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. 
 
(Surah An-Nisa 4: Ayat 142)

Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

Sehelai Tudung Labuh

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi.
Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran .
"Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus."
Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes.

* * * * * *
"Awak setuju dengan keputusan ibu?"
Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran.
"Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?"
Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang berfikir ligat. Fokusnya hilang kepada permainan karom, dia lebih tertumpu kepada konflik yang dihadapinya sekarang.
Tiada angin tiada rebut, tiba-tiba ibu Humaiya menghalang dia bertudung labuh lagi. Humaiya sedar, ibunya sejak mula memang menunjukkan respon kurang bersetuju apabila dia mahu bertukar imej, Tetapi ayahnya selaku ketua keluarga sentiasa meletakkan titik noktah bagi setiap keputusan sekaligus membuatkan ibunya terpaksa mengiyakan saja.
Ayahnya memberi lampu hijau kepada Humaiya untuk bertudung labuh. Mungkin dia menyukai anak gadisnya bertudung mengikut syariat kalau mahu dibandingkan dengan pemakaian tudung gaya Ariani yang sudah menjadi ikutan ramai wanita. Tudungnya sangat kecil, langsung tidak mematuhi perintah Allah di dalam Al-Quran yang mengarahkan kaum hawa supaya menutup belahan baju dan dada. Ayah Humaiya juga mengerti, yang anaknya mahu berhijrah. Menjadi antara golongan remaja yang diredhai Allah.
Humaiya yang kini sering menjaga solatnya.
Humaiya yang kini lebih elok keperibadiannya.
Humaiya yang kini sering membasahi bibir dengan asma Allah.
Humaiya yang kini sentiasa cuba memperbaiki diri.
Dia sedikit pilu apabila ibunya gagal memahami.
Mindanya memutarkan kembali dialog bersama ibunya kelmarin.
"Ibu rasa ibu tak nak awak bertudung labuh lagi. Boleh ikut cakap ibu?"

"Tapi bu, akak ...".
"Ibu rasa akak pakai semata-mata ikut kawan, tunggu jelah bila akak dah besar. Sekarang ni akak muda lagi, masih belum waktunya. Ibu rasa awak belum bersedia nak pakai secara total, entah entah masa akan datang awak tak nak pakai tudung labuh lagi. Tolonglah, tak usah lah nak bertudung labuh lagi, akak bukan budak sekolah agama, budak sekolah biasa je."
Nada suara ibu Humaiya yang agak tinggi ketika itu menyebabkan dia terkelu. Dia tak mampu berhujah, meskipun segala yang dikatakan oleh ibunya itu terlalu bercanggah dengan pendiriannya yang sebenar. Waktu muda sebeginilah sewajarnya remaja memperbaiki diri, bagaimana jika ajal menjemput kita di kala kita lalai pada usia remaja? Ajal itu tidak mengenal umur ibu!
Apabila diimbas kembali, Humaiya sedikit kesal kerana gagal mempertahankan pendiriannya, mahu saja dia meluahkan segala yang terbuku di lubuk hati. Mahu sahaja dia mengadu kepada ayah, tetapi rasa berat hati kerana ayahnya berada di luar negara menguruskan krisis kerja. Takut menambahkan tekanan ayah tercinta, lagi pula dia rasa masih mampu memujuk ibunya. Dia juga tahu kalau ayah malas mahu bertelagah dengan ibu.
"Akak! Cepatlah, giliran akak ni." Balqis merungut melihat kakaknya mengelamun.
Humaiya tersentak.
"Oh, maafkan akak ya. Akak dah takde mood nak main. Sambung nantilah."
Balqis mengeluh panjang.
Humaiya turun ke dapur untuk meneguk secawan air. Air mukanya berubah apabila melihat mamanya di dapur. Dia segera mengalihkan pandangan supaya tidak bertembung mata dengan ibunya. Ibunya cuba mencari perhatian Humaiya, tetapi gagal.
"Humaiya! Kenapa bermasam muka dengan ibu? Humaiya mahu jadi anak derhaka ke!."
Humaiya tersentak. Ibunya tiba-tiba melenting.
"Akak minta maaf ... akak tak bermaksud nak..."
"Itulah Humaiya! Taksub sangat nak bertudung labuh! Kenapa susah sangat nak patuh apa yang ibu tak kasi buat!"
Belum sempat Humaiya berkata kata, ibunya kembali melenting. Humaiya segera beredar ke bilik, tangisannya menjadi semakin esak. Balqis terkejut melihat reaksi kakaknya yang sedemikian tetapi tidak berani menegur. Dia segera keluar dari bilik, memberi privasi kepada kakaknya.
"Maafkan akak bu..akak tak bermaksud nak jadi anak derhaka..."
Tangisan Humaiya makin laju, mukanya disembam ke bantal. Dia memerlukan kata-kata penguat, kata-kata nasihat bagaimana dia mahu mengendalikan masalah ini. Keyakinan Humaiya runtuh menghempap bumi. Hatinya terluka apabila digelar sebegitu oleh ibunya. Rasa kesal menyelubungi diri.
"Urghh, tak patut aku bermasam muka!."
Dia teringat nasihat ustazahnya di sekolah yang menasihatinya supaya jangan sekali-kali menunjukkan sikap derhaka kepada ibu bapa walaupun kadang-kadang kita tak sehaluan dengan mereka. Humaiya beristighfar. Menyesali diri. Dia sepatutnya bersabar, memohon kepada Ya Rabb supaya melembutkan hati ibunya. Dia menghentikan tangisnya sambil membetulkan duduk di atas katil.
"Aku kena betulkan keadaan."
Humaiya nekad.

* * * * * * *
Surat itu dilipat rapi setelah berulang kali dibaca, bagi memastikan susunan ayat diatur sempurna. Supaya mudah difahami ibunya. Humaiya menyelinap masuk ke dalam bilik ibunya, jam dinding yang tergantung dipandang sekilas. Dua pagi. Diperhatikan pula wajah ibunya yang sedang diulit mimpi, timbul rasa kasihan dalam hati Humaiya. Sudah masuk dua minggu mamanya tidur sendirian dek kerana ayahnya yang berada di luar negara.
Dia segera mempercepat langkah, namun dengan berhati-hati supaya ibunya tak terjaga. Gayanya seperti pencuri yang memecah masuk ke rumah orang. Surat dalam genggamannya segera diletakkan di atas meja solek ibunya .
"Harap harap mama baca lepas aku pergi besok...", monolog Humaiya.
Awal pagi berikutnya Humaiya segera bersiap. Setelah usai dia segera berjalan keluar dari rumah dengan langkah yang berat.

* * * * * *
"Humaiya ....".
Ibu Humaiya menitiskan air mata membaca surat Humaiya . Surat itu menjelaskan segala isi hati Humaiya, ibu Humaiya sedikit kesal kerana menegah anaknya daripada melakukan perkara yang baik. Kesal kerana dia sentiasa mempersoalkan perbuatan mahmudah dan bukannya mempersoalkan perbuatan mazmummah. Titisan demi titisan air mata jernih berderai turun di pipinya...

* * * * * *
Waktu kelihatan sudah hampir melepasi tengah hari. Kelihatannya Humaiya dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai latihan bola jaring di sekolah. Walaupun sedang musim cuti persekolahan akhir tahun, pasukan sekolahnya kekal aktif supaya dapat bersedia sebaik mungkin untuk perlawanan pada musim persekolahan tahun depan.
"Assalamualaikum! Humaiya dah balik!"
Humaiya membuka tali kasutnya lalu memasuki pintu rumah .
"Eh, akak dah balik. Penat latihan bola jaring tadi?"soal Balqis.
"Penat sangat..."
"Ohh, akak mesti lapar kan? Mama masak special untuk akak tau."
Humaiya senyum girang. Kelihatan mamanya berjalan menuju ke arahnya lalu memeluknya erat.
"Ibu minta maaf...ibu tak patut halang Humaiya, lagipun kalau Humaiya pakai macam tu terjagalah sikit anak ibu ni..."
Alhamdullilah ! Satu lafaz syukur diucapkan .
"Humaiya pergilah masuk bilik, tengok ada apa atas katil."
Humaiya terus mengatur langkah laju ke biliknya, sebaik membuka pintu dia terlihat sehelai tudung labuh di atas katil. Tudung labuh berwarna krim dan masih berbau kedai. Kelihatan ada sehelai nota di atasnya .

"Sehelai Tudung Labuh"
from  ibu :)

Humaiya tersengih.
TAMAT.

-Artikel iluvislam.com


Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

Berkesankah Herbalife Untuk Kurangkan Berat Badan?




Memang selalu sangat saya menerima email yang bertanya tentang effectiveness produk-produk slimming seperti Herbalife ataupun Jus Mate 5. Malah selalu pelbagai pihak berjuma dengan saya untuk jadikan saya jurujual. Tapi saya kurang suka menjual produk yang saya sendiri tak guna. Jadi hari ini, biar saya merumus produk Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder secara jujur :)
Sebelum apa2, biar saya katakan bahawa saya bukanlah jurujual produk-produk ini dan of course tidak menerima apa2 ganjaran daripada mana-mana pihak.

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder

Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder merupakan produk pengganti sajian. Ia bekalkan protein, karbohidrat dan lemak mengikut kadar kalori (lebih kurang) 40:40:20. Kalau anda pembaca eBook-eBook saya, sudah pasti anda faham kadar kalori. Secara ringkas, kesemua produk suplemen pengganti makanan dihasilkan untuk membekalkan kesemua makro-nutrient (karbohidrat, protein dan lemak). Jadi pengguna tidak perlu pening kepala untuk mencari makanan sendiri! Bagus kan? Memang bagus.

Adakah ia mengandungi ramuan magic untuk kurangkan berat badan?

Tidak sama sekali. Konsep Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder atau mana meal replacement supplement adalah untuk memastikan anda dapat bekalan makanan/nutrisi yang seimbang dan lengkap. Jadi macamana boleh kurus pulak? Bila anda gantikan makanan seharian anda yang kurang baik dengan makanan yang lebih baik (daripada suplemen) ia secara tak langsung membantu anda hasilkan defisit kalorie. Jaid dengan adanya defisit kalorie ini, anda akan kurangkan berat badan. Itu adalah asas weight loss yang paling ... well ... asas! :) Saya sendiri pun selalu menggunakan produk2 MRP (meal replacement packets) semasa saya di US kerana dengan nila matawang US dollar, gunakan produk-produk seperti Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder, MyoPlex dan lain-lain memang murah. Sekali makan hanya perlu belanja USD1-2. Malangnya di Malaysia, kosnya agak berbeza. Bukan sahaja kos tukar mata wang asing malah dicampur dengan kos pengangkutan, pemasaran dan lain-lain. Jadi sebagai pengguna, kos untuk 1x Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder (550g) adalah RM160 (lebih kurang) untuk 20 hidangan. Jadi kos setiap kali makan adalah RM8. So dengan kos RM8, adakah ia berbaloi? Well itu bergantung kepada individu. Sekiranya kos produk herbalife tidak menjadi beban kepada anda, sememangnya ok anda ingin gunakan Herbalife untuk jangka masa panjang.

Apa beza Herbalife Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder dengan MRP lain?

Sama dengan mana2 suplemen meal replacement yang lain, Herbalife tidak berbeza. Mereka membekalkan nutrisi-nutrisi am dengan kadar yang seimbang. Itu sahaja! Bagus? Memang bagus BUT disebabkan nutrisi-nutrisi Herbalife diimport, kosnya lebih mahal. Apa beza soy protein Herbalife dengan soy kacang Malaysia? Kos! Apa beza kandungan karbohidrat dan fiber Herbalife dengan yang di Malaysia? Kos!
Jadi berbaloi tak Herbalife? Dari segi nutrisi memang berbaloi dan boleh dijadikan pengganti sajian sesiapa pun. Sama ada anda mampu untuk mengamalkannya untuk jangka masa panjang hanya anda yang tahu. My advice: tiada masalah gunakan Herbalife atau mana-mana produk MRP untuk "suplemen" pemakanan anda tapi akhirnya anda perlu pastikan 1) anda mampu mengekalkan berat badan TANPA mana-mana suplemen dan 2) jangan sekali-kali bergantung kepada mana-mana suplemen untuk menggantikan cara pemakanan dan senaman am

Kenapa saya tidak gunakan Herbalife?

Bukan kerana saya rasa ia tak bagus atau suplemen tidak perlu. Saya sendiri pun gunakan suplemen. Saya lebih gemar gunakan suplement whey protein semata-mata dan menambah karbohidrat daripada sumber makanan di Malaysia seperti roti, buah-buahan yang jauh lebih ekonomi berbanding karbohidrat yang di-import.
- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Kevin Zahri merupakan graduan ijazah Kejuruteraan Mekanikal (minor Ekonomi) dari Universiti Northeastern (Boston), Amerika Syarikat. Beliau merupakan fitness selebriti Malaysia dan juga dikenali sebagai cikgu fitness. Dalam beberapa tahun ini, beliau telah meninggalkan impak dan kesan yang begitu besar dalam industri kesihatan dan kecergasan sebagai hos TV, penceramah, penulis dan web entrepreneur. Kevin Zahri menulis di dalam beberapa majalah dan juga web peribadi, kevinzahri.com.



Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin




Sesetengah orang memang tak tahan dengan bau ikan darat (sungai, paya, tasik). Apatah lagi ada yang tidak pernah pun merasainya.

Gulai Tempoyak Ikan Patin salah satu gulai kampung kegemaran aku sejak dulu hingga kini, lebih-lebih lagi jika ikannya adalah dari sungai Pahang.
Kalau yang belum pernah rasa patut mencubanya. Pasti tak menyesal, sudah rasa pasti nak lagi. Insyaallah.

Bahan-bahan
  • 10 ketul ikan patin (saiz sederhana)
  • 3 ulas bawang merah (jangan terlalu banyak, nanti kurang sedap)
  • 1 cm kunyit hidup (jika itiada, boleh guna serbuk kunyit)
  • 5 cm lengkuas
  • 3 kuntum bunga kantan (saiz sederhana)
  • 15 tangkai cili padi (jika tidak mahu pedas,boleh kurangkan)
  • 10 tangkai daun kesum
  • 3 keping asam gelugur @asam keping
  • 5 sudu tempoyak (lagi banyak, lagi sedap dan kuahnya pekat)
  • air secukupnya (untuk kuah banyak, masukkan air banyak)
  • garam secukup rasa
  • 3 batang serai
Cara-cara
01. Basuh ikan patin hingga bersih. (Basuh dan rendam dengan limau nipis, asam gelugur/asam keping dan tepung gandum selama sejam untuk menghilangkan hanyir.

02. Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan) Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat. serai diketuk.

03. Masukkan air secukupnya di dalam periuk dan masukkan serai, bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur. Biarkan mendidih.

04. Masukkan ikan satu persatu. Hati-hati ya, kernan tekstur isi ikan patin lembut dan mudah terlerai/hancur jika dipegang terlalu kasar.

05. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana.

06. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan. Enak dimakan ketika ikan patin gulai tempoyak ini masih panas.

Ohh ya.. untuk menambahkan lagi nikmat masakan Gulai Tempoyak Ikan Patin ini juga boleh ditambahkan beberapa lagi jenis bahan antaranya sayur Timun Tua, Terung Bulat dan beberapa lagi jenis sayur-sayuran lain mengikut selera anda. Cubalah ye!



Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

Kewajipan Lelaki Melindungi Wanita


Lelaki disyaratkan melindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:

"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34)

Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga.
Rasulullah memberi ingatan dengan sabda bermaksud:
"Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain." (Hadis riwayat Ahmad).

Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya. Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).

Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.

Amalan melakukan kerja rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama, persefahaman, keceriaan dan menghargai apa yang dilakukan bersama-sama

Suami yang sama-sama membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan keadaan menjadi kotor. Bagaimanapun, ramai suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah dengan habuk dan puntung rokok yang dibuang merata-rata dan kemudian menyuruh si isteri pula membersihkannya.

Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu." (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Sikap baik sebenarnya bukan terhad kepada isteri. Semua orang berhak dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya. Orang gaji dan sesiapa yang tinggal bersama kita perlu dilayan dengan sebaik-baiknya. Sikap baik Rasulullah terhadap isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah.

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata:
"Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya."

Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian yang mampu disediakan oleh suaminya.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu Daud)

Islam menggesa si suami agar berurusan dan bermuamalah bersama isteri dengan adab yang baik, memandangkan pertimbangan akal kaum wanita dianggap kurang berbanding kaum lelaki. Allah befirman di dalam al-quran:

"Gauli mereka dengan adab yang baik." (An-Nisa': ayat 19)

Ini merangkumi tutur kata yang lunak, bersikap adil bersama isteri sekiranya si suami berpoligami, memberi nafkah, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumahtangga, menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi. Mengelak daripada mengatakan perkara buruk terhadap isteri adalah sebahagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami. Ada suami yang sering dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara tidak disenangi. Perkataan buruk yang dikeluarkan terhadap isteri juga satu penderaan iaitu penderaan mental. Isteri yang selalu diherdik, dihina dan dimarahi akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul perasaan takut untuk berdamping dengan suami. Sesiapa yang suka mengamalkan sikap bengis dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar akan terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam adalah teladan yang paling baik. Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan memulaukannya di tempat tidur tidak berkesan, namun baginda tidak pernah memukul isterinya. Islam mengharuskan suami memukul isteri dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan walaupun ke atas bayi, sekadar amaran agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Islam telah menetapkan garis panduan yang cermat berkaitan keharusan memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain yang tidak diundang, seperti menegah memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan ini juga dibenarkan setelah isteri dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk mengubah tabiat buruknya.

Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri baginda dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri,ketika berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping isteri baginda, meskipun baginda seorang pahlawan yang handal di medan jihad.

Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah mengkehendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan janggal ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa'ie, Rasulullah berlumba lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah. Meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama isteri baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika. Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim:

"Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama isterinya."

Islam menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana melayani isteri dan berbudi pekerti mulia. Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa:

"Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya."

Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhan.

Berikut saya sertakan pautan soal jawab agama bersama Dr Yusuf Al-Qardhawi berkenaan
"Hak Isteri Ke Atas Suami'' 
dalam aspek kejiwaan yang memberikan impak besar kepada kebahagiaan dan ketenangan sesebuah rumahtangga:


Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

08 May 2011

Antara Sahabat ,Cinta dan Rabb





Diam,
Sunyi, sepi,
Dalam kegelapan ku lihat tiada cahaya,
Menggapai angin malam yg sejuk dingin,
Aku keseorangan,
Menangis menitis airmata beku,
Bagai tiada siapa peduli,
Ku masih berteleku di situ,
Tapi tiada siapa.. kosong.

Diam,
Sunyi, sepi,
Tetap begitu,
Buta mata, buta hati,
Tiada senyuman terukir di bibir,
Tiada ilmu terpahat di dada,
Tiada sayang menerpa di jiwa,
Bagai jasad tiada rohnya,
Begitu aku,
Biar apa di nanti,
Siapaku untuk mentafsir.

Diam,
Sunyi, sepi,
Aku masih kaku,
Dalam diam,
Sayup-sayup namaku,
Dipanggil syahdu,
Hangat mula terasa di jari jemariku,
Lantas ku toleh,
Seluruh dekat ku terasa bernyawa,
Ku rentap sentuhan itu,
Setelah terpampang suatu wajah,
Seorang yang bergelar lelaki.

Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Salam dihulur, persahabatan di minta,
Kusambut mesra,
Hariku berseri,
Hidupku bermakna,
Alhamdulillah kupanjat kesyukuran,
Anugerah seorang insan,
Bernama sahabat.

Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Berteman sahabat,
Tanpa kusedari cinta terpatri,
Bermunajat ku pada Ilahi,
Apakah semua ini,
Setakat khayalan atau hakiki.

Diam,
Sunyi, sepi,
Menerjah kembali,
Kala aku berteleku kepada-Mu,
Meminta petunjuk,
Kepada suatu keputusan,
Kepastian menjelma,
Untukmu sahabat,
Maaf ku pinta,
Aku belum bersedia,
Pada cinta yg sementara cuma,
Cintaku kini hanya pada ya-Rabbi,
Penciptaku yang Esa,
Yang memberi anugerah,
Mengenal erti Cinta dan Sahabat,
Terima kasih Ya-Rabb.

Antara sahabat, cinta dan Rabb,
kecintaanku kini hanya Pada-Mu.


Glosari
Rabb - Tuhan



Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

Ukhwah Mee Maggi



Ukhwah mee segera? Jenama mee segera yang baru ke?
Ayuh kita bercerita.

Beberapa minggu lepas, saya dan sahabat-sahabat mengikuti kelas Tafsir dan Hadis mingguan.
Sambil-sambil tunggu ustaz mulakan pengisian, saya lirikkan pandangan ke segenap sudut masjid, sambil 'mengintai' gelagat adik-adik, sahabat-sahabat dan mak cik-mak cik yang nampaknya seronok dan rancak bersembang. Tercuit hati, macam-macam ragam ada, yang muda dengan cara mereka, yang 'senior' juga dengan ragam masing-masing.

Mak Cik Ukhwah Mantap!

Nun, di hujung sana, saya ternampak seorang mak cik tengah mengurut lembut tangan seorang lagi mak cik yang lain. Mak cik yang sedang diurut tu nampak macam sedang bercerita sesuatu kepada sahabatnya yang sedang mengurut tangannya, mungkin dia luahkan kepenatannya seharian dalam minggu ni, atau mungkin bercerita tentang aktiviti yang dia buat hingga naik lenguh tangan dan urat sendinya. Mak cik yang mengurut tu pulak nampaknya menjadi pendengar yang baik, sesekali mengangguk, sesekali turut menjampuk, seolah memahami benar apa yang sahabatnya rasa. Tangan tak lepas, terus mengusap lembut tangan sahabatnya.

Entah mengapa, saya rasa sangat sayu, terharu tengok keakraban mak cik yang berdua ni. Saya pandang sahabat-sahabat saya yang sedang sedia duduk di barisan hadapan menanti kuliah dimulakan. Terdetik di hati, apakah bila kami seusia mak cik tadi, kami akan terus saling menyokong, saling berdekatan seakrab mereka itu? Ataukah nanti kami akan terpisah oleh waktu dan kerjaya yang berhambatan? Mampukah saya menjadi pendengar yang baik tika itu buat sahabat-sahabat saya? Atau masing-masing larut dalam kehidupan masing-masing? Bagaimana ukhwah kami tika itu? Masihkah sesegar dedaunan disapa embun di pagi hari, atau umpama dedaun kering yang luruh di musim panas?

Ada rasa sayu bergayutan di hati.
Saya ingat lagi waktu usrah, pernah kami bincangkan, betapa hebatnya ukhwah Rasulullah saw dengan sahabat-sahabat baginda. Hinggakan mendengar saja derap kaki sahabat berjalan, baginda dah boleh meneka siapa gerangan sahabat itu. Kita? Erm, mungkin tak smpai tahap itu kita mengenali sahabat kita, namun sekurang-kurangnya nampak saja susuk tubuhnya walaupun dari belakang, kita dah boleh cam kan?

Rakan Bukan Sekadar Sahabat

Inilah juga yang ditekankan dalam rukun usrah, di mana kita mengenali sahabat kita, bukan sekadar sahabat, bahkan sebagai ahli keluarga. Bukan saja tahu latar belakangnya, malah tahu apa yang dia suka, apa yang dia tidak suka, hingga seboleh-bolehnya nampak saja riak wajahnya, dengar saja suaranya, atau baca saja tulisannya (di telefon atau fb), kita dah dapat tahu apakah dia sedang dalam gembira, sedih atau mungkin ada masalah yang dia hadapi. Yang lebih hebat lagi ukhwah tu kalau tanpa melihat wajah, tanpa mendengar suara, tanpa membaca tulisan sahabatnya, dia dapat merasakan di dalam hatinya, bahawa sahabatnya mungkin sedang menghadapi masalah. Fuh, hebat kalau boleh sampai ke tahap itu!
Waktu belajar dulu seorang ustaz pernah kata, "...orang perempuan ni kadang-kadang, kalau 'roomate' mereka terlupa pelawa maggi (mee segera) pun dah merajuk, masam muka, tak bertegur sapa sampai sebulan.." Kami sambut gurauan ustaz dengan senyuman, sambil tak menafikan, orang perempuan ni, sensitif sikit. Itu tandanya dia merasakan sahabatnya sangat istimewa lalu cepat berkecil hati bila rasa dilupakan. Namun begitu sebagai orang Islam, yang diajar oleh Allah menerusi baginda nabi tentang adab berakhlak dengan sesama manusia, harus ingat bahawa Allah cukup tidak sukakan permusuhan, dan Allah menegah kita bermasam muka lebih dari 3 hari.
"Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa lebih dari tiga hari, yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam." (HR Bukhari)

Bersahabat Adalah Satu Proses

Dalam bersahabat, kita tak boleh mengharapkan kesempurnaan dari sahabat kita, kerana pertamanya, kita juga tidak sempurna. Yang kedua, menurut Ustaz Pahrol, kita bukan bersahabat dengan malaikat, jadi kita harus akur dan redhalah dengan kelemahan sahabat kita. Kadangkala memang ada berlaku perselisihan, tapi kita ambillah dari sudut positif.
Analogi ustaz Pahrol lagi, kalau kedua belah tapak tangan kita kotor, macamana kita nak hilangkan kotoran pada keduanya? Kita menggeserkan kedua tapak tangan kita, kan? Begitu juga pergeseran antara kita dengan sahabat janganlah mencetuskan permusuhan yang berlarutan, sebaliknya anggap ia sebagai satu proses untuk kita lebih kenal sahabat kita, tahu kelebihan dan kekurangan dia, faham apa yang dia suka dan tidak suka.
Bila terjadi perselisihan, cepat-cepat redakan keadaan, berbaik sangka dan mohon kemaafan. Tak timbul persoalan siapa yang bersalah kepada siapa, siapa yang perlu minta maaf kepada siapa, sebaliknya yang paling baik adalah yang terlebih dahulu meminta maaf dan memberi maaf. Tapi kita selalunya, "Eh, kenapa pulak aku yang kena minta maaf dulu? Dia yang buat salah pada aku!", kata pihak A. Pihak B pulak kata, "Sebab dialah benda ni jadi macam ni, semua ni salah dia." Erm, sebenarnya, keegoan kita yang menghalang kita meminta maaf dan memberi maaf. Rugilah kita, kalau ikut hawa nafsu yang jahat. Syaitan juga yang menang akhirnya.
Jadi, bila perselisihan terjadi, duduk beristighfar kepada Allah, kenang kembali saat-saat manis persahabatan kita, kebaikan dan pengorbanan sahabat kita kepada kita, berlapang dada dan cubalah jernihkan kembali suasana. Langkah pertama, mohon maaf, walaupun sekiranya jelas dan nyata dia yang bersalah. Janganlah kerana perkara kecil, kita lupa semua kebaikan yang dalam ada persahabatan kita, ruginya!

Katakan "Tidak" Pada Ukhwah Mee Segera!

Jangan jadi seperti ukhwah mee segera. Cepat dimasak, ketika panas, sedap dimakan. Tetapi lama kelamaan, bila dah sejuk, mee dah kembang, tekak kita pun dah muak, tak mampu nak telan, makan separuh, yang lainnya buang! Biarlah ukhwah kita sentiasa 'panas', segar dan 'menyelerakan' walau selama mana ia 'terhidang'. InsyaAllah.
Ingat dan kenanglah ukhwah kita seumpama karang di lautan, biar di landa badai, biar dipukul gelombang, tetap ia utuh dalam pautan keredhaan Tuhan. Sesungguhnya kita semua saudara, yang lebih istimewa adalah kerana kita disatukan dalam akidah yang sama, bertuhankan Tuhan yang sama, jadi seharusnya kita juga bersama dalam mengekalkan keindahan dan keutuhan ukhwah kita, insyallah. S
Semoga ukhwah kita harum dan kekal selamanya, hingga ke Syurga, insyaAllah.
Ayuh kita hayati hadis ini sebagai penutup tinta, Dari Abu Musa Al-Asyari ra, dari Nabi saw, ia berkata, "Orang mukmin dengan mukmin lainnya laksana bangunan yang satu bahagian dengan bahagian lainnya saling menguatkan – Rasulullah merangkai jari-jarinya," (Bukhari)

- Artikel iluvislam.com


Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

06 May 2011

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit




Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.
Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
  • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
  • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
  • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
  • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
  1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
  2. Gastrik - 10 hari
  3. Diabetes - 30 hari
  4. Sembelit - 10 hari
  5. Kanser - 180 hari
  6. Tibi - 90 hari.
Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil. - www.iluvislam.com


Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

01 May 2011

Kesembuhan Itu Milik Allah


 
Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.
Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh  tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]

Mengingati saat menziarahi jenazah suami kepada seorang sahabat yang meninggal dunia secara tiba-tiba tahun lepas telah banyak mengubah paradigma tentang kematian itu sendiri. Sama ada kita bersedia atau tidak, bertaubat atau belum bertaubat, ajal itu pasti akan datang, cuma waktu dan ketikanya sahaja tidak diketahui. Cuma persoalannya, adakah kita telah bersedia dengan bekalan-bekalan yang disediakan? Adakah cukup bekalan yang disediakan? Bagaimanakah keadaan kita semasa dalam alam kubur? Bernasib baik atau sebaliknya?

Hal ini sedikit sebanyak telah menghantui diri sendiri sehingga telah mewujudkan suatu ketakutan yang luar biasa dalam diri. Hal ini ditambah pula dengan penyakit yang dialami yang masih tidak sembuh-sembuh, telah meningkatkan lagi tahap ketakutan dan pada masa yang sama telah mewujudkan satu situasi yang tegang dalam emosi, fikiran serta memberi tekanan kepada diri sendiri.
Namun begitu, ketahanan mental dan fizikal berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif, hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.
Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]

Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.
Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.
Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.Semoga anda semua cepat sembuh begitu juga diriku ini.

Adalah diharapkan artikel ini dapat membawa manfaat kepada semua dan marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Kelalaian dan kelekaan terhadap duniawi pasti mewujudkan satu jurang yang besar dalam diri kita sendiri dengan Allah.Semoga artikel ini akan menjadi saksi bagi diriku di akhirat kelak sebagai salah satu medium untuk berdakwah kepada pembaca semua.
Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.

Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan kepada diriku tidaklah sehebat penyakit kritikal yang dihidapi oleh insan lain, walaupun kecil, penyakit ini tetap memberi kesan yang kuat terhadap sistem ketahanan fizikal disamping memberi tekanan yang hebat terhadap mentalku. Aku bersyukur aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]

Akhir kata, jadikan ayat-ayat Allah sebagai peransang dalam meningkatkan motivasi dalaman kita dalam membentuk keperibadian soleh dan solehah.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]

Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua'lam.

- Artikel iluvislam.com




Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

Membuah Sabar







Sabar; satu perasaan, tindakan yang tidak dapat didefinasikan.
Ramai yang mudah berkata "sabar ye?" apabila orang lain ditimpa masalah, tapi apabila diri sendiri diuji dengan ujian yang amat dahsyat, masihkah lagi perkatan sabar dapat bertahan dalam diri?
Ayuh! kita belajar bagaimana ingin membuah sabar.
Meminjam peribahasa "lain lubuk lain ikan" disamakan dengan "lain orang lain ujiannya".
Setiap ujian yang ALLAH beri berbeza-beza tertakluk pada kemampuan hamba-Nya. Lupakah kita pada firmannya?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah, 286
Lihat! Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Dia tidak akan timpakan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Dia juga tidak akan jadikan suatu ujian itu sia-sia tanpa ada hikmah disebaliknya.

Ujian Rasulullah

Kita singkap kembali sirah, baginda Nabi Muhammad s.a.w, ujian  yang menimpa baginda sangat hebat.
Bermula semasa lahir, baginda sudah kehilangan ayahnya, kemudian ibunya, datuknya, disusuli bapa saudaranya, sehinggalah isterinya yang tercinta, Siti Khadijah.
Orang-orang yang baginda kasihi sudah mengadap Illahi.
Ini belum lagi termasuk ujian dalam menyebarkan Islam untuk sampai kepada kita pada hari ini, bermacam-macam ujiannya.
Dibaling najis, gigi baginda patah dalam satu peperangan, dipulau dan bermacam-macam lagi tekanan  yang baginda hadapi.
Tapi ujian itu tidak  pernah menghalang baginda supaya menjadi orang sabar.
Cuba kita renungkan kembali  di zaman baginda s.a.w dahulu  tiada handphone, tiada facebook, tiada yahoo messenger dan tiada kemudahan internet seperti yang kita ada pada hari ini, tapi lihatlah kerana kecekalan, kesabaran baginda dan para sahabat, Islam sampai kepada kita hari ini dan kita mengenal Allah dan merasa indahnya iman.
Mungkin ada sesetengah mengatakan bahawa  baginda dapat menghadapi ujian-ujian tersebut kerana baginda merupakan seorang Rasulullah.
Mengapa pula begitu, baginda juga manusia biasa seperti kita, apa yang membezakan ialah baginda mempunyai keimanan yang benar-benar mantap.
Begitu juga dengan ujian yang baginda hadapi sesuai dengan kemampuan baginda.
Ujian yang hebat untuk manusia yang hebat! Kita bagaimana?

Bicara tentang iman

Iman itu ialah ketaqwaan kepada Allah, penuh khauf dan raja'. Jadi apabila kita ditimpa ditimpa sesuatu musibah atau ujian pintalah kepada Allah agar dibesarkan iman untuk kita hadapinya bukan diminta dikecilkan masalah yang kita hadapi.
Kita boleh mengatasi segala ujian yang Allah berikan dengan tenang jika kita punyai pergantungan yang tinggi kepadaNYA.
Oleh itu apa jua masalah yang ada, muhasabah kembali hubungan kita dengan Allah, renungkanlah kembali.
Adakah kita telah menjaga sebaik-baiknya hubungan kita dengan-Nya?
InsyaAllah jika kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan yag lain. Allah akan bantu kita dari segenap sudut yang kita tak sangka-sangka.
Tapi kalau saya dah jaga hubungan dengan Allah sebaiknya macammana pula?
Jika begitu, kita perlu muhasabah kembali, mungkin  tanpa kita sedari ada hak-hak dengan Allah kita tak tunaikan, begitu juga dengan hubungan sesama manusia.
Dan jika dah jaga semuanya, itulah dinamakan ujian sama ada kifarah dosa-dosa lepas atau peluang kita merebut pahala dan meningkatkan iman. Bukankah kita ini hanya manusia?
Jangan pernah lupa bahawa kita adalah hamba Allah s.w.t. Jadi, kita layak diuji kerana kita hanyalah hamba-Nya.

Jadilah hamba yang bersyukur.

Apa jua yang ada dalam hidup, syukurilah, belajarlah jadi orang yang sentiasa bersyukur. InsyaAllah  masalah-masalah yang kecil tidak akan timbul, dan kita akan miliki sifat sabar.
Rasulullah s.a.w, walaupun dijamin syurga tapi Baginda s.a.w, tetap  menunaikan solat  dan ibadah malam sampai kakinya bengkak-bengkak.
Dalam satu hadis, apabila ditanya Aisyah r.a, mengapa Baginda  beribadah malam sehingga kakinya bengkak sedangkan baginda sudah dijamin syurga, Baginda menjawab dengan tenang, "Aku ingin jadi hamba yang bersyukur".
Salam mujahadah membuah sabar.
- Artikel iluvislam.com
Glosari: Khauf adalah Rasa takut, Raja' adalah Pengharapan



Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

Apakah Cinta Itu Sebenarnya Untuk Kita?





 
 
Saban hari kita jumpa dengan orang yang berbeza. Berbeza sikap, berbeza perwatakan dan berbeza jantina. Saban hari itulah setiap perasaan yang berbeza wujud menerjah dalam diri. Ada rasa suka, gembira yang teramat, ada rasa benci, kadang-kadang timbul perasaan meluat. Terdapat juga rasa simpati ditaburi sedikit kasihan, dan tidak kurang pula datangnya cinta pandang pertama.
Saat melihat dirinya, hati jadi tenteram, aman dan tenang. Ibarat terbang di awang-awangan. Bagai cerita cinta dalam kisah dongengan. Tetapi, apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Kisah Cinta Pertama :
Uda dan Dara bercinta berjanji setia sehidup semati. Sampai masa, hanya Allah yang tahu. Cinta di pertengahan. Dara bertemu jodoh dengan insan lain. Sedang Uda berkelana sendirian tanpa arah tujuan.

Kisah Cinta Kedua :
Uda dan Dara bahagia membina mahligai indah atas dasar cinta, kasih dan sayang. Beberapa tahun berlalu, Uda dan Dara mula tidak sependapat dan akhirnya membawa haluan sendiri. Masing-masing bagai orang asing yang datang dari planet lain.

Apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Cinta yang tiada bermatlamat. Cinta yang tidak pernah ditarbiyah. Cinta yang tidak disulam dengan niat lillahi ta'ala . Tidak.

Cinta itu sebenarnya untuk kita jika Cinta itu ditempatkan dalam tempat yang sememangnya menjadi haknya. Cinta yang ditarbiyah itulah sebenarnya cinta untuk kita.  Cinta yang setiap malamnya dihujani dengan air mata. Cinta yang setiap paginya dibasahi dengan embun zikrullah. Cinta yang setiap senjanya didendangkan dengan kalamullah. Dan cinta sebelum malamnya berlabuh dinodai dengan muhasabah keinsafan.

Itulah yang dipanggil sebenar-benar CINTA. CINTA pada Sang Pencipta.




Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

Perbezaan Yakin dan Percaya



 
Suatu hari, di suatu tempat yang tidak bernama, berlangsunglah satu pertunjukan kemahiran. Tetapi pertunjukan ini amat luar biasa dan menakjubkan sekali. Seorang penembak akan menunjukkan kemahirannya menembak sebiji epal di atas kepala sebuah patung. Selepas membedek beberapa ketika, dia menarik picu pistolnya dan tembakannya tepat mengenai epal tersebut.
Kemudian dia bertanya, "Apakah tuan-tuan percaya saya seorang penembak yang cekap?"
Semua orang menjawab, "Ya, kami percaya."
Kemudian dia menutup matanya dengan kain hitam. Untuk memastikan dia benar-benar tidak boleh melihat, kapas diletakkan di atas kelopak matanya terlebih dahulu sebelum diikat dengan kain hitam tersebut. Seperti tadi, sebiji epal diletakkan di atas kepala sebuah patung. Kemudian dia membedek lalu menarik picu pistolnya. Tepat mengenai sasarannya!
Semua yang hadir bertepuk tangan dan memuji-muji kehebatan penembak ini. Dalam pada itu si penembak tadi pun bertanya, "Apakah tuan-tuan percaya saya seorang penembak yang cekap?"
Semua orang menjawab, "Ya, kami percaya." Sudah ada yang melontarkan duit ke dalam topi yang memang telah disediakan.
"Baik, sekarang tuan-tuan semakin percaya dengan kebolehan saya, mahukah tuan-tuan jika saya tunjukkan lagi kehebatan saya untuk menambah kepercayaan tuan-tuan?"
Semua orang menjawab, "Mahu!"
"Jika begitu, saya akan meletakkan sebiji epal di atas kepala tuan-tuan. Saya akan menembak epal berkenaan tanpa mencederakan tuan-tuan. Saya jamin tuan-tuan tidak akan cedera. Siapakah yang sudi membantu saya menjayakan pertunjukan ini?"
Senyap. Tiada sesiapa menjawab.
"Tuan-tuan telah melihat kepakaran saya. Saya telah membuktikan kepada tuan-tuan saya boleh menembak dengan tepat walaupun dengan mata yang tertutup. Tuan-tuan juga telah mengatakan tuan-tuan percaya dengan kehebatan saya. Ada sesiapa yang sudi?" tanya penembak itu lagi.
Para penonton tersengih-sengih, tiada seorang pun yang berani tampil ke depan. Akhirnya pertunjukan itu dibatalkan dan tidak pernah sampai ke penyudahnya.
Mengapakah tiada seorang pun yang berani tampil ke hadapan, padahal mereka telah melihat sendiri kehebatan penembak berkenaan melakukan kerjanya? Jawapannya mereka percaya tetapi tidak yakin.
Apakah perbezaan antara percaya dengan yakin? Cuba kita sama-sama fikirkan dan kaitkan dengan kepercayaan dan keyakinan kita pada Sang Pencipta. Adakah kita hanya percaya tetapi tidak yakin, ataukah kita percaya dan yakin? Mari kita sama-sama selidiki diri di manakah kita.
-Artikel Iluvislam.com





Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

Kotak Kasih Untuk Ayah




Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung daripada beliau.
"Untuk apa?", tanya si ayah. "Nak bungkus hadiah", jawab si kecil.
"Jangan dibuang-buang ya", pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, "Yah, Ayah... ada hadiah untuk Ayah."
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, "Sudahlah.... nanti nanti saja."
Tetapi si kecil pantang menyerah, "Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi."
"Eh... kenapa ganggu ayah... masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun."
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.
"Hadiah apa ni?"
"Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang."
Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
"Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu"
Si kecil menjawab, "Tak Ayah, ada isi tu... tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah."
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya lalu dipeluk dan diciumnya.
"Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini.
Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!"
Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun dan menganggapnya sebuah kotak kosong.
Sahabat-sahabat, sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya. Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong.

Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike