♥ ukhwah fillah♥

12 February 2011

Kelebihan Nabi Muhammad. |Salam Maulidur Rasul|




Kelebihan Nabi Muhammad.

Dari Jabir katanya : Berkata Rasulullah yang ertinya :

Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorag pun daripada para nabi sebelum ku diberikan :

1. Aku ditolong dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
2. Diuntukkan bagiku bumi ini ,dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci .Maka sebarang umatku yang telah dating kepadanya waktu sembahyang,hendaklan tambpil sembahyang.
3. Dihalalkan harta rampasan perang bagikubdan tidak halal bagi seorang pun sebelum ku.
4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja,tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.

RASUL-RASUL PENJAGA LANGIT

Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim.


WASIAT NABI MUHAMMAD SAW kepada SAYIDINA ALI RA

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
>1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
>2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
>3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
>1) Jujur dalam berkata-kata.
>2) Menjauhi segala yg haram.
>3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
>1) Merahasiakan ibadahnya.
>2) Merahasiakan sedekahnya.
>3) Merahasiakan ujian yg menimpanya.

>Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
>1) Takut berlaku dusta dan keji.
>2) Menjauhi kejahatan.
>3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
>
>Wahai Ali, bagi

itu ada 3 tanda2 AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
>1) Mengawasi dirinya.
>2) Menghisab dirinya.
>3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

05 February 2011

Si Gadis Bercerita Tentang Cinta



Seorang gadis tinggal di sebuah pekan kecil. Zaman kehidupannya bukanlah di saat Islam sedang memuncak naik menjadi Daulah Islamiyah. Tetapi dia yakin, Daulah Islamiyah itu kelak pasti akan tercapai. Dia gemar membaca sirah tentang tokoh-tokoh sahabiah yang agung nama mereka; dulu, kini dan selamanya.


Zaman kehidupannya penuh dengan jahiliyyah yang menguasai setiap ruang lingkup atmosfera. Alhamdulillah, katanya. Alhamdulillah katanya, kerana Allah SWT masih mahu menyinari hidup dan dirinya dengan sedikit cahaya Islam.

Dengan cahaya itu dia menilai baik dan buruk.
 Sudah tentu, ianya bukanlah mudah.

Rabiatul Adawiyah sumber inspirasinya. Wanita suci yang mengabdikan diri sehari-hari untuk beribadat kepada Allah. Seorang gadis yang sangat menjadikan Rabiatul Adawiyah sebagai idolanya, kadang-kadang dia tersilap langkah juga. Bukan senang mahu menjadi seperti Rabiatul Adawiyah, tambahan pula dengan kehidupan dunia kini. Tak mengapalah wahai Si Gadis, menjadi seorang yang perfect seperti Rabiatul Adawiyah, kamu mungkin tak mampu, paling tidak, kamu berusaha bersungguh-sungguh mencontohi beliau. Seorang yang sangat menjaga maruah diri sehinggakan kehidupan dunia bukanlah yang diingini.
Gadis ini suka akan doa Rabiatul Adawiyah yang ini.

"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku

Dia hanyalah seorang gadis biasa. Suatu hari yang penuh berkat, muncul satu kunjungan untuk keluarga Si Gadis. Kunjungan luar biasa yang pastinya membincangkan isu masa depan Si Gadis dan Sang Teruna. Perbincangan yang pastinya menuju kepada sebuah pelayaran bahtera Baitul Muslim. Itu lah agendanya.
Dia terfikir, bagaimana mahu jadi seperti Rabiatul Adawiyah kalau begini keadaannya? Namun, menolak kepada sebuah perkahwinan bukanlah apa yang Si Gadis merasakan suatu yang betul.

Paling tidak, dia mahu menjadi seperti wanita yang menarik kuda Fatimah (anak Rasulullah SAW) untuk memasuki syurga. Wanita itulah yang pertama memasuki syurga! Sungguh hebat pengabdian wanita tersebut kepada keluarganya terutamanya kepada suami nya. Hebat-hebat kisah sahabiah yang ada! Si Gadis sungguh terinspirasi! Kerana sesungguhnya menjadi tujuan setiap manusia untuk menuju ke syurga-Nya yang abadi.

Kata-kata Zainab Al-Ghazali,
"...Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa...".
Perlu jadi yang luar biasa untuk mendapat tempat yang luar biasa di akhirat kelak!
Si Gadis pernah terbaca tentang satu hadis.


"Bila telah datang (untuk melamar) kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan perangainya (akhlaknya), maka nikahkanlah dia, bila kalian tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang bermaharajalela." (Riwayat At Tirmizy, Sa'id bin Mansur, At Thabrani, Al Baihaqi dan dihasankan oleh Al Albani)"

Masakan perlu ditolak kerana kejayaan mendirikan sebuah Daulah Islamiyah juga berasaskan dengan tertubuhnya sebuah Baitul Muslim. Baitul Muslim tidak akan berjaya tanpa adanya 2 individu yang benar-benar ingin menerapkan Islam ke dalam diri mereka, sekaligus berusaha untuk mengembangbiakkan Islam dalam masyarakat. Menolak lamaran daripada insyaAllah, seorang yang soleh bukanlah apa yang Si Gadis mahukan.

Pertemuan 2 buah keluarga sedikit sebanyak telah melegakan Si Gadis.
Kerana dia tidak mahu berkawan dengan lelaki yang sebarangan. Berkawan yang tidak tentu hala yang akhirnya tak tahu apa tujuannya.

Namun dia sedar pertemuan ini, kalaulah pun mendapat 'restu' untuk berkawan daripada ibu bapa kedua-dua belah pihak, bukanlah satu tiket untuk mereka berhubung tanpa ada tujuan yang membenarkan.
Perjalanan masih jauh. Pesan seorang pakcik, perlu sangat berhati-hati dan berdoa.
Tiada apa yang Si Gadis sepertinya dapat berharap, hanya agar Allah SWT memudahkan setiap cabang perjalanan hidupnya.

Apa-apa pun, saya suka mendengar Si Gadis bercerita.
Katanya, dia bercerita untuk berkongsi agar ada bahagian daripada ceritanya boleh dijadikan teladan.



Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

❤ u Mia tomey




Assalamualaikum..
baru ni balik kg .jmpe plak ngan si budak comel nie..
Mia namanye..
mmg cumel,padanlh mak malay + ayh cina msk islam(mua'laf).
dpt jek deq saye ni pe lagi pulun la gomoi2 n tgkap pic..
hehe
ciannye la mia..
adatlah ape soh chumel sgt..
mcm korean pon ade..
agaknye kalo mia ley ckp mesti dy
ckp rimaslah kakak2 oi..
Mia nk titow nie..

pape la Mia oi..

Yg pasti kakak :

Mia


keke..
muke thn nanges time nih.
cayee kene pakce ngan
kakak ceni..
cian caye

mix china + malay = Mia
kekenyangan slps abis sebotol susu Mia balun
cenyumm ye diq.






slps dimandikan



luv u kakak ceni ;P


Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

01 February 2011

Lagu Binnabil Huda (dengan lirik) dan terjemahan.


Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi

Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..

Wahai yg memberi syafaat,

Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,

Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya


Artis: UNIC

Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike