♥ ukhwah fillah♥

29 December 2010

Hapuslah Air Mata Di Pipi Dan Hilangkan Lara Di Hati


Posted Image
Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati.
 Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini
Dengan Nama Allah yang Maha Sempurna..
Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah bahagian dari sketsa hidup di dunia.

 Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselimutkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan sehingga membuat keresahan dan kebimbangan.
Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan kepesihan yang menyesakkan rongga dada. Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya,
bertanya dimanakah pasangan jiwa berada. Lalu hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagai anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.

Keinginan bertemu dengan pasangan hidup, bukankah itu sebuah fitrah? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya, sehingga tanpa sedar telah menjadi bahagian hidup yang tak terpisahkan. Sebuah fitrah pula bahawa setiap wanita ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang baik dibandingkan menjalani hidup bersendirian. Dengan sentuhan kasih saying dan belaiannya, akan terbentuk jiwa-jiwa yang soleh dan solehah.

Betapa mulianya kedudukan seorang wanita, apalagi jika dia seorang wanita beriman yang mampu membina dan menjaga keindahan cahay Islam hingga memenuhi setiap sudut rumah tangganya.

Allah swt pun telah menciptakan wanita dengan segala keistimewaannya iaitu hamil,
melahirkan, menyusui hingga ketaatan dan memenuhi hak-hak suaminya laksana arena jihad fisabilillah. Kerananya, yakinkah hati itu tidak terguris ketika melihat perkahwinan wanita lain yang muda darinya?

Pernahkah kita menyaksikan kepedihan wanita yang berazam menjaga kehormatan diri hingga dia menemukan kekasih hati?
 Dapatkan kita menggambarkan perasaanya yang merintih saat melihat kebahagiaan wanita lain melahirkan anak? Atau tidakkan kita melihat sekilas tatapan sedih matanya ketika melihat aqiqah anak wanita lain?

Letih..

Sungguh amat letih jiwa dan raga. Sendirian mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa, tapa tahu adakah teman sejiwa yang menunggu di sana.

Wahai saudari solehah sekalian,

Dalam Islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini saja, kerana masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tidak hanya dibatasi di dunia fana ini saja.
 Seorang yang belum menemukan pasangan jiwanya, insya'Allah akan dipertemukan di akhirat sana,
selama dia beriman dan bertaqwa serta sabar atas ujianNya yang telah menetapkan dirinya sebagai bujang di dunia fana. Mungkin sang pangeran pun tidak sabar untuk
 bersua dan telah menunggu di tepi syurga, berkereta emas untuk membawamuke istananya.

Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri duhai saudaraku.
Taqarrub-lah kepada Allah swt. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Dia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnyacurahkanlah kepada Pemilik Hati. Tidak usah membanding diri dengan wanita lain, kerana Allah pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski dia tidak menyedarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tidak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah dengan air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam.
 Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan yang baik kepada Sang Pemilik Jiwa.
Bersiap menghadapi pusingan waktu,
 hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Allah swt. Tausyiah-lah selalu hati dengan tarbiah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam bersendirian.

Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana.
Kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa pasangan hidupmu telah pun dituliskan-Nya.
Sabarlah saudaraku yang solehah.

Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya.
 Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang gemilang. Kicauan bening burung malam pun selalu riang bercanda di kegelapan. Senyumlah, laksana senyum mempesona butir embun pagi yang selalu setia menyapa.

Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa,
dirimu akan menemukan apa rahsia di sebalik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga kelak akan engkau rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri, insya'Allah.

Serahkan semuanya pada ketentuan Allah yang Maha Mengatur, insya'Allah tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Yakinlah dengan Tuhan-Mu. Allahu Maha Tahu.

Sumber: Buku bertajuk "Ya Allah, aku tak ingin sendiri"



Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

22 December 2010

ILalliqo'

 


Ainul Mardhiah melabuhkan diri di atas katil.
Inai yang merah dijarinya direnung penuh makna.
 Dia masih tidak percaya bahawa hari ini dia secara sahnya menjadi isteri kepada
Raihan Shauqi,
insan yang dikenali saat pengajiannya di Jordan dahulu.
Mereka tidak pernah bercinta tetapi di saling mengerti bahawa dalam di dalam hati mereka,
 ada cinta yang berputik tanpa dipaksa.
Tamat saja pengajian mereka,
Raihan segera bertemu ayah dan ibu Ainul untuk
 meminta persetujuan untuk menyunting dirinya sebagai isteri.

Walaupun pada mulanya ibu menghalang kerana mereka baru habis belajar dan masih belum bekerja,
 namun Raihan bijak mengungkapkan
 surah Annur ayat 32 yang bermaksud:

“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu
 dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan,
 jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan
kepada mereka dengan kurniaannya.
Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui “


Ibu tersenyum namun mensyaratkan supaya
 Raihan bekerja dulu sebelum masuk meminang Ainul.
 Hari ini,
Raihan sudah bergelar seorang Pegawai Hal Ehwal Islam
 manakala Ainul pula mula mengajar di salah
 sebuah sekolah agama di kawasan tersebut.


Ainul teringat bagaimana dulu Raihan selalu curi-curi memandangnya saat di universiti,
walaupun ada getaran dalam hati Ainul,
 namun dia hanya bisa mendiamkan diri kerana Ainul percaya pada jodoh,
sampailah suatu saat,
 Raihan berani menegurnya lantas tanpa berselindung, meminta untuk berkawan dengannya dan berjanji akan menyuntingnya seusai pengajian mereka di Jordan.
 Ainul hanya tersenyum dan berdoa moga ada jodoh antara mereka.
 Hari ini dia rasa terlalu bahagia kerana doanya dimakbulkan Allah,
Raihan Shauqi telah sah menjadi suaminya.

“Assalammualaikum.”
 Sapaan lembut itu mengejutkan Ainul, tuntas dia menoleh.
 Suaminya sedang tersenyum di depan pintu.

“Ainul fikirkan abang ya?”
 soalan yang terbit dari mulut Raihan membuatkan wajah Ainul merona merah.
 Memang itulah yang sedang difikirkannya seketika tadi.
Ainul memandang raut wajah itu walaupun ada segan yang masih menghuni hatinya.
Wajah itu bersih, matanya yang jernih memandang Ainul dengan senyuman tak lekang dari bibir.
Perlahan Raihan mendekatkan diri pada isterinya.


Raihan duduk di sebelah Ainul,
matanya tak lepas dari memandang isterinya itu.
 Tangan Ainul dipegang erat, mata Raihan mula berkaca.

“Eh, abang ok ke?” Ainul tergamam melihat wajah Raihan.
 Ada titis jernih yang mengalir di pipinya. Raihan tersenyum, air matanya diseka.

“Tak ada apa-apa sayang, abang cuma terlalu gembira.
Akhirnya bidadari impian abang kini menjadi milik abang.
 Ainul tahu tak, abang rasa sangat bertuah.”

Ainul terkesima, terharu dengan kata-kata itu.
Air matanya perlahan menitis tapi pantas jemari Raihan menyeka air mata itu.
wajah Ainul dikucup perlahan lantas isterinya itu dipeluk erat


Raihan mengucup dahi Ainul perlahan.

“Assalammualaikum ya zawjati” bisiknya ke telinga Ainul.

Lembut Raihan mengejutkan Ainul pagi itu, Ainul menggosok matanya tuntas bangun.

“Waalaikumussalam. Pukul berapa sekarang ni abang?”

“Dah pukul 6 pagi sayang. Pergilah siap-siap, kita solat subuh sama-sama ya.”
Raihan keluar dari bilik,
mungkin ke bilik solat di sebelah.

Ainul bingkas bangun dan bersiap,
 lantas menapak ke bilik solat. Alunan ayat-ayat Al-Quran
 yg keluar dari bibir Raihan begitu menenangkan Ainul.
 Langkahnya diatur perlahan ke tempat wuduk,
 mencuci anggota tubuhnya satu persatu dan tertib sebelum dia masuk ke saf di belakang suaminya.
Raihan yang melihat Ainul sudah bersedia segera melafazkan iqamat.

“Allahu Akbar!”
Raihan mengangkat takbir.

Ainul segera turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan setelah selesai melipat telekungnya,
 Raihan sudah terlebih dahulu turun selesai solat tadi.
 Pasti abang dah lapar, bisik hati Ainul sendiri.

Sampai saja di dapur, Raihan sedang duduk di meja makan, bihun goreng telah tersedia di dalam pinggan di hadapannya dan satu tempat yang kosong, gelas berisi jus oren berada di sisi pinggan.
 Ainul tergamam, pelik melihat sarapan telah tersedia.

“Abang, abang dah buatkan sarapan ke?” soal Ainul kehairanan.

Raihan tersenyum lalu bingkas bangun dan menarik Ainul ke meja.

“Silakan duduk sayang...” ucapnya sambil menarik kerusi buat Ainul.

Ainul duduk perlahan namun masih tidak percaya dengan apa yang ada di depannya.

“Abang, abang masak ke ni?” soalnya lagi.

Raihan mengambil tempatnya semula sebelum memandang Ainul dengan senyuman.

“Ya Ainul, abang masak. Abang tahu isteri abang suka sangat bihun goreng kan?”

Ainul memandang Raihan dengan terharu.“Kenapa abang buatkan sarapan?
 Kan Ainul yang patut buatkan? “ Ainul masih tidak puas hati.

“Sekali-sekala apa salahnya abang buatkan sarapan untuk Ainul.
 Bukan kewajipan Ainul pun untuk sediakan makanan untuk abang, kan?
Rasulullah pernah bersabda, ‘wanita apabila ia sembahyang lima waktu,
puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami,
 maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.
Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban,
Thabarani, Anas bin Malik’.
Itu saja yang Ainul perlu buat,
InsyaAllah syurga akan menanti Ainul.”
 Ulas Raihan dalam senyuman yang tak lekang.

Ainul terdiam.
 Susah untuk mempersoalkan setiap tindakan Raihan
 kerana setiap kata-katanya pasti ada terselit hadis Rasulullah dan firman Allah.
 Ainul tersenyum bahagia kerana memiliki insan yang berpegang teguh pada pesanan
 Rasulullah dan perintah Allah.
Ainul yakin Raihan mampu membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah.“Eh senyum sorang-sorang pulak isteri abang ni.”
 Kata-kata Raihan itu mengejutkan Ainul dari lamunan.
Dia memandang suaminya dengan wajah merona merah.

“Ainul, tolong siapkan beg abang ya. Esok abang dah kena bertolak.
Ainul letak jelah pakaian yang Ainul rasa sesuai. Abang akan pakai semua pilihan sayang. ”

Ainul mengangguk. Esok abang Raihan akan ke luar bandar atas urusan kerja,
mesti aku kesunyian di rumah nanti, fikirnya sendiri.

Ainul menanti suaminya dengan perasaan rindu yang menebal. Hanya 3 hari Raihan pergi, namun terasa seperti seribu tahun lamanya Ainul memendam rindu.

“Assalammualaikum ya habibti....”

Ainul segera menerpa ke arah pintu. Raihan berdiri memandangnya dengan senyuman.

“Waalaikumussalam ya habibi.”
Ainul menjawab sebelum
tangan suaminya digapai dan dikucup.
Raihan mengucup dahi Ainul lantas isterinya itu dipeluk erat.

“Abang rindukan Ainul...” bisik Raihan perlahan ke telinga Ainul.

Ainul tersenyum sendiri, tidak menyangka Raihan meluahkan kerinduannya sebelum sempat Ainul berbuat demikian.

“Ainul pun rindukan abang sangat-sangat.”

“Ainul tahu, abang terasa sangat ketiadaan Ainul. Abang tak senang duduk,
 rasa terseksa di jiwa abang saat kita berjauhan. Setiap hari abang rasa nak segera pulang bertemu Ainul. ”
 Raihan meluahkan isi hatinya.

“Kalau macam tu, jangan berjauhan dari Ainul lagi.
Ainul tak kisah mengikut abang ke mana saja asalkan dapat berada di sisi abang.”

“InsyaAllah sayang.

Ainul tersenyum bahagia. Tubuh suaminya itu didakap erat. Hatinya dipenuhi rasa bahagia, mahu saja dia menghentikan waktu agar perasaan ini kan kekal dalam hatinya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:


Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.
Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah
 (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).
 Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad)
kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)

Raihan terdiam usai membacakan tafsiran ayat itu pada Ainul selepas solat maghrib.
Wajahnya kelihatan seperti memikirkan sesuatu.

“Kenapa abang?”

Raihan tersenyum memandang Ainul. “Abang teringin nak bertemu Allah di akhirat nanti. ”

Ainul terdiam, memang itu harapan setiap muslim yang beriman.
Ainul juga mengharapkan sedemikian.

“InsyaAllah abang, Ainul yakin abang mampu bertemu Allah di akhirat kelak. Abang dah menjalankan tanggungjawab abang sebagai seorang muslim dengan sebaik-baiknya. Abang dah menjadi seorang suami yang terbaik yang ingin dimiliki setiap wanita. Ainul rasa bertuah sangat sebab memiliki abang.”

Raihan merenung Ainul, terharu dengan kata-kata isterinya.

“Abang juga harap, di akhirat kelak, Ainul akan tetap menjadi isteri abang.”

Ainul tersenyum, terharu dengan kata-kata itu.

“Ainul juga mengharapkan perkara yang sama. Ainul berjanji untuk menjadi isteri abang sampai syurga.”

“Terima kasih sayang.” Ucap Raihan sambil mengucup dahi Ainul

Ainul terjaga dari tidur malam itu, matanya digosok perlahan sambil memandang ke arah suaminya.
 Raihan masih belum tidur. Matanya asyik memandang Ainul.

“Abang, abang belum tidur?” Ainul bertanya seraya bingkas duduk.

Raihan tersenyum. Wajah mulus isterinya diusap perlahan. Wajah itu begitu menenangkan jiwanya hingga dia merasakan setiap kedukaan dalam hatinya telah hilang.

“Abang tak boleh tidur. Abang rasa nak tengok wajah Ainul je sepanjang hari.
 Abang rasa bahagia sangat sebab memiliki sayang. ”

Ainul dapat merasakan cinta yang mendalam dalam diri Raihan buatnya.
Tangan Raihan digapai lantas dikucup lembut.

“Terima kasih abang, kerana memberikan Ainul kebahagiaan yang terlalu banyak.
 Ainul cintakan abang.”

Raihan tergamam. Wajah isterinya direnung dalam-dalam.

“Terima kasih sayang, abang cintakan Ainul lebih dari Ainul cintakan abang.”
Wajah Ainul dikucup perlahan.

“Ainul tidurlah, mata abang belum mengantuk.”

Ainul mengangguk sebelum memejamkan matanya semula.

“Assalammualaikum... abang...” Ainul cuba mengejutkan Raihan dari tidur.
Tubuh suaminya digoyang perlahan. Selama ini Raihan yang bangun dahulu,
 tapi hari ini Raihan masih belum bangun saat Ainul sudah terjaga.

“Abang..abang..” Ainul pelik kerana Raihan masih belum terjaga. Segera dia memegang dahi suaminya.
Ya Allah, panas!
 hati kecilnya menjerit.

“Abang, abang!” Ainul cuba mengejutkan suaminya sekali lagi. Perlahan Raihan membuka mata.

“Sayang...” lemah suaranya memanggil Ainul. Air mata yang hampir menitis diseka Ainul perlahan. Keadaan Raihan benar-benar mengejutkan dirinya.

“Abang ok ke?” soal Ainul penuh risau. Segera dia memangku kepala suaminya.

Raihan mengangguk tanpa bersuara. Wajahnya pucat lesi.

“Abang sakit kepala. Tolong picitkan kepala abang kejap, sayang.”

Ainul memicit-micit kepala suaminya dengan hati yang penuh gusar. Perlahan Raihan memegang tangan Ainul.

“Mari kita bersolat, abang dah ok.”
Ajak Raihan sambil tersenyum pada isterinya itu walaupun terasa lemah dalam dirinya untuk bangun.

Usai solat, Raihan kembali lelap di atas sejadahnya. Ainul merenung wajah suaminya dalam sayu.
Dahi Raihan diusap perlahan.
Masih panas, bisik hatinya.

“Abang, jom kita pergi klinik ya bang.” Soal Ainul saat Raihan mencelikkan matanya.
Sedari tadi Ainul menunggu Raihan bangun dari tidurnya kerana terlalu bimbangkan Raihan.

Raihan menggeleng perlahan.
“Tak perlulah sayang, sikit je ni.
Nanti sembuh la. InsyaAllah.” Raihan berkeras tidak mahu ke klinik.

Sudah seminggu berlalu, namun demam Raihan belum kebah.
 Puas Ainul memujuk Raihan ke klinik, namun kedegilan suaminya itu mengalahkan anak-anak kecil.
 Kemanjaan Raihan semakin bertambah sejak dia demam,
mahu disuapkan makan,
mahu tidur di riba Ainul,
 namun Ainul tidak kisah semua itu cuma kerisauannya pada kesihatan Raihan kian menebal.

“Uwek!” suara Raihan sedang muntah kedengaran di bilik air, segera Ainul bergegas ke sana,
mengosok-gosok belakang suaminya itu.

Wajah Raihan pucat dan cengkung, tubuhnya kelihatan lemah tidak bermaya.
Ainul memapah Raihan ke katil.

“Abang, tolong jangan berdegil lagi, mari kita ke klinik, Ainul tengok abang makin lemah.”

Raihan masih sempat tersenyum walaupun ada kesakitan yang ditanggungnya.
 Perlahan dia mengangguk.

“Puan kena merujuk suami puan ke hospital, keadaan dia nampak teruk.
Suhu badannya tinggi, dan dah lebih seminggu dia demam.
Kemungkinan suami puan menghidap demam denggi.
Saya akan menghubungi pihak ambulans untuk mengambil suami puan dari klinik ini.”
 Kata-kata doktor itu bagaikan pisau yang menyucuk saraf Ainul.
 Raihan yang terbaring lemah di atas katil rawatan direnung perlahan,
ada air jernih yang kian bertakung di kelopak matanya.

Saat berada di dalam ambulans, Raihan kelihatan sangat lemah,
bantuan oksigen terpaksa diberikan.
Ainul tidak henti dari mengenggam erat tangan suaminya sambil berdoa di dalam hati.
 Kerisauan kian membuak dalam dadanya.
Air mata yang cuba ditahan dari tumpah, tetap turun berjuraian di pipinya.

Raihan terlena di atas katilnya di dalam wad itu.
Ainul hanya mampu merenung suaminya yang kelihatan sungguh lemah.
Tubuh suaminya itu diurut perlahan, dan dalam hatinya tak berhenti berdoa.

“Puan, doktor panggil.” Suara jururawat itu mengejutkan Ainul yang terlena di sisi Raihan.
Perlahan dia menghampiri bilik doktor bertugas.

“Silakan duduk puan.” Doktor yg berkacamata itu mempersilakan Ainul
sambil dirinya asyik membelek fail ditangannya.

Matanya beralih ke arah Ainul dan duduknya dibetulkan.

“Macam nilah puan, saya harap puan banyakkan bersabar.
Suami puan disyaki menghidapi Leptospirosis,
sejenis penyakit disebabkan oleh
bakteria dari air kencing haiwan seperti tikus.
Simptom-simptom penyakit ini memang macam penyakit demam biasa tetapi sangat berbahaya.
 Dah berapa lama suami puan demam?”


“Errr.. dalam seminggu doktor.” Jawab Ainul dalam getaran.

“Kalau suami puan dibawa untuk rawatan lebih awal, mungkin keadaan boleh berubah, tapi...”

“Tapi apa doktor?” pantas Ainul memotong.

“Keadaan suami puan semakin tenat, buah pinggangnya sudah dijangkiti dan sudah tidak berfungsi,
anggota lain juga hampir sama, harapan untuknya hidup cuma 20%-80% sahaja.”

Tiba-tiba Ainul merasakan pandangannya gelap.

Wajah Raihan dipandang sayu, Raihan memandang kembali wajah Ainul dengan
 senyuman yang sukar untuk diukir.

Maafkan abang sayang.”
Ainul memandang Raihan kehairanan.

“Abang minta maaf untuk apa? Abang tak buat salah pun pada Ainul.” Ucap Ainul dalam esak tangis.

“Abang tak mampu nak menemani Ainul lebih lama lagi.
 Abang tak mampu bahagiakan Ainul dan menemani Ainul hingga tua.
Maafkan abang sayang.” Raihan bersuara, air mata perlahan mengalir dari pipinya.

“Hingga saat ini, sudah terlalu banyak kebahagiaan yang abang berikan pada Ainul.
Ainul sangat bersyukur kerana Allah kurniakan seorang suami sesempurna abang.
Tiada apa lagi yang Ainul inginkan kerana segalanya Ainul telah dapat dengan memiliki abang.
 Jika Allah menjemput abang pergi,
Ainul tak rasa terkilan sebab
 Ainul dah merasakan saat paling bahagia dalam hidup Ainul saat bersama abang.”

Raihan tersenyum.
“Terima kasih Ainul. Abang sangat mencintai sayang.”

Perlahan Raihan menutup matanya.


Sudah 3 hari Raihan tidak sedarkan diri,
 dia hanya terbaring kaku di atas katilnya dan dibantu dengan alat penyambung hayat.

“Suami puan sudah tidak mampu diselamatkan lagi,
hampir keseluruhan organ dalam badannya sudah dijangkiti bakteria itu.
 Saya yakin suami puan mampu mendengar.
Saya nasihatkan puan supaya lepaskanlah dia pergi dengan aman.”
Kata-kata doktor itu ditelan Ainul dengan perit.

Perlahan Ainul mendekati tubuh suaminya.
Mulutnya dirapatkan ke telinga suaminya sebelum dia berbisik dalam esak tangis.

“Abang, jika abang tak mampu pergi, kerana risaukan Ainul,
 janganlah abang khuatir, nyawa baru di dalam tubuh Ainul ini akan melindungi Ainul,
pewaris abang ini akan Ainul didik sebaik abang.
” Ucap Ainul sambil mengusap perutnya,
 meluahkan perkhabaran gembira yang tak mampu diluahkan sebelum ini dek
kerana kerisauannya pada kesihatan Raihan.

“Ainul berjanji, Ainul akan menjadi isteri abang di syurga kelak. InsyaAllah. Tunggu Ainul di sana ya. Ilalliqa’!”
 ucap Ainul sebelum melafazkan syahadah di telinga suaminya
dengan harapan suaminya akan mengikut di dalam hati.

Perlahan terdengar desahan nafas Raihan yang berombak sebelum nafas itu sepi.
 Tiada lagi denyutan nadi.
 Air mata Ainul kian laju merembes di pipinya.

Wajah suaminya direnung dalam-dalam, sebelum wajah itu dikucup perlahan.
“Ilalliqa’ ya habibi.”
Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

18 December 2010

Pesanan Buat Diriku



Wahai diriku,
Manfaatkan usia dan hidupmu
Sesungguhnya mati tidak mengira waktu
Sudahkah kau bersedia wahai diriku

Ingat masa sihatmu sebelum sakitmu
Masa mudamu sebelum tuamu
Masa kayamu sebelum miskinmu
Masa lapangmu sebelum sempitmu
Masa hidupmu sebelum tiba waktu matimu

"Belum hilang jejak kubur telapak kaki orang-orang yang menghantarnya ke kubur,
 seorang hamba (yang telah habis usianya) akan ditanya mengenai empat perkara iaitu
 usianya ke mana dihabiskannya,
 tubuhnya untuk apa digunakannya,
 ilmunya seberapa yang diamalkannya dan
 hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dibelanjakannya
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Ingatlah wahai diri ini

Barangsiapa yang hari ini ebih baik dari semalam,
maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung.
Barangsiapa yang hari ini sama seperti semalam,
 maka dia dari kalangan yang rugi.
 Barangsiapa yang hari ini lebih teruk dari semalam,
 maka dia di kalangan orang yang celaka.

Masa ibarat pedang,
jika kita tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kita.

Allah telah berfirman:
Demi Masa.Sesungguhnya manusia dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan kesabaran
(Surah Al-Asr) 

Sekian pesanan untuk diriku sendiri




Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

KENAPA AKU DIUJI



KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman,"
sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2
yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg
dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-
IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286




BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-
perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu
kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang
khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45



APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr
org2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111




KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada
Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan
janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi
darjatnya, jika kamu orang-orang yg
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


p/s:

(senyum pada diri sndri..)
Nikmat Tuhan yang manakah yang hndk
kamu dustakan??

"Sesungguhnya Al-Quran itu Syifa'..
Penyembuh segala Duka..
Pengubat segala Rasa..
Penawar segala-gaLanya"

subhanaLLAH....
segala persoalan terjawab...
'maka mengapa kamu tidak berfikir?'  -al-baqarah-

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa
drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12



Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

17 December 2010

❤Sebuah Pertemuan❤



SEBUAH PERTEMUAN

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan


Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan


C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala


(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan


Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan


C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina


Ulang (*)


Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan


Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi


Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman




Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com





Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

❤ Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan



"Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan ".

Hari ini b'akhirlah tugasku mngajar pd tahun ini.
Kpd adik2 & student2 B'muslim..
Jaga Diri Baik2,jgn nakal2 ye :) .
Bljr rajin2 n semoga mnjadi Insan yg dikasihi Allah,Ibubapa & Masyarakat..
Jangan lupakan saya n ustazah sue ye.
Saya dan ustzh sue selalu merindui kamu semua
:)



Bicara : Perpisahan
Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

15 December 2010

Ya Allah...Kuatkanlah hatiku




Ya Allah..
Ya Rahman..
Ya Rahim..
Kuatkanlah dan Tabahkanlah Hatiku utk menerima semua ini..
Berikanlah Aku Kekuatan dariMu..


Amiinnn...






Bicara : sedih

Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

14 December 2010

Tolong Ingatkan Aku - Ana rafali



Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita


Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

11 December 2010

Tanda 100 Hari Sebelum Mati







TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

Sumber: Perkongsian Ilmu Menuju Ke Alam Akhirat





Bicara : mati











Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

10 December 2010

wanita




Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

bicara : isteri & wanita






Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

09 December 2010

Twister orange Tropicana..sedap !!



Assalamualaikum w.b.t

Hihi..ehhmm3..baru je lepas kenyang minum air
Twister orange Tropicana..
sebotol bsr 1.5 Liter habis kat cikceni sorang?btl ke?
hehe
mmg betul pon..bkn apa,cikceni mmg sengaja nak habiskan
terus sebabnya skrg nie cikceni x cukup
vitamin C..Sbb tu rasa mcm gusi x sihat jek..
baik cegah sbmlm kena kn..
Mula2 mmg nk postpone minum esok
tp bila dh dpt freshorange walaupon x brapa
nak fress cikceni tetap gagahkan jua..
cewaaahh ayat..
:)
korang jgn jelesh tau..
agak2 bila badan dh terasa
panas 2 cepat2 la minum air Twister orange Tropicana ni yep..
baik untk kesihatan.

wassalam




bicara : oren






Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

08 December 2010


Bismillahirrahmanirahimmm..
Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar all my frenz n readers.
.Hope sume dlm kadaan
sihat sejahtera hendaknye(ayat..skema la sgt kn?)hehe
Dah lama rasanye x posting blog dgn ayat sendiri,
bukan apa..xde mase nk menaip.. Hakikatnya juz copy paste ajela
yg mana rasa entry paling bagus 2 untuk
dikongsi bersama2....mana taknye asyik bz ngan keje je..
 Time cuti sekolah nie kami kena bekerja plak sbb
ustaz ada buat Program Cuti Sekolah 
selama 20 hari..tak kisahlah asalkan halal rit??
so tinggal 1 weeks to leave ago..
Tak sabar rasanya nk duk rumah dan berehat secukupnya :)

Baru2 ni n after this rasenya boleh cari duit poket sikit kot
sebab ada sorang aunty nie dia ada suruh
mak wat kuih siput(tp dh siap uli la,kami hanya menggentel saje :P )..
Alang2 cikceni tlg la mak sekali kan..
Dari x wat pape.
luv u mom♥..next week
cikceni tlg mak lagi yep
:)




bicara : kuih siput @ kerja














Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

06 December 2010

Tips Mengurangkan Atau Mengelak Jerawat

Keyakinan diri merupakan sesuatu yang kita perlu ada dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang muslim. Ia penting dalam usaha kita menyampaikan sesuatu mesej atau berkomunikasi.

Kadangkala bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat akan merasakan bahawa keyakinan mereka kurang.

Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :

1. Ambil wudu' sebelum tidur.
2. Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.
3. Elakkan diri daripada tekanan.
4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).
6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.
7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.
8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.
9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.
10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.
13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.




Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

Wanita : Apa Itu Kanser Serviks ???

Apa itu kanser serviks?

Barah serviks adalah diantara barah kerap terjadi terhadap wanita yang menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebab ia terjadi?

Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.
Dengan ujian saringan pap smear, kadar kematian kanser serviks berkurangan dengan banyaknya. Walaubagaimanapun ia masih merupakan pembunuh ke 2 terbanyak selepas kanser payudara.

Tanda dan gejala

Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda terutama pada peringkat awal. Apabila menjadi semakin serius, anda mungkin akan mengalami:
  • Pendarahan semasa bersama
  • Pendarahan ditengah bulan
  • Pendarahan selepas menopos
  • Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
  • Sakit semasa seks

Siapa Wanita yang berisiko untuk mendapat kanser cerviks?

Fakta berikut boleh meninggikan risiko anda untuk kanser serviks
  • Mempunyai pasangan berbilang
  • Aktiviti Seks bermula sebelum usia 18
  • Mengalami jangkitan kuman seperti syphilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV
  • Kurang daya tahan imun
  • Merokok

Apa yang doktor akan lakukan sekiranya saya mempunyai gejala di atas?

  1. Ujian Pap
    Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan menghantar kemakmal . Ujian ini akan mengesan sebarang ketidaknormalan pada cerviks seperti sel pra-barah. Digalakan untuk mengambil ujian ini setiap tahun untuk mengesn kanser peringkat awal. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. 
  2.  Ujian HPV
    Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang specifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebabkan utama kanser pangkal rahim.
  3. Colposcopy
    Doktor akan mengunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangal rahim anda untuk sebarang ketidaknormalan. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar kemakmal. Kadang-kadang biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah sudah merebak lebih dalam.
  4. Rawatan
    Rawatan bergantung kepada keterukkan kanser tersebut dan sejauh mana ia sudah merebak. Sekiranya diperingkat awal pembedahan buang rahim akan disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak keorgan organ berdekatan. Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.

Bagaimana untuk mencegahnya?

Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, jadi pengunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.

Selain dari itu, anda juga boleh mengurangkan jangkitan HPV dengan:
  1. Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
  2. Elakkan hubungan seks pada usia muda
  3. Tidak merokok
  4. Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
  5. Suntikan Vaksin

Vaksin terhadap HPV

Sekarang sudah terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakkan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV dan walaupun ia lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual, ia juga disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun.

Dimanakah saya boleh mendapatkan suntikan vaksin ini?

Vaksin boleh didapati dimana mana klinik GP atau klinik pakar berdekatan











Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

Petua awet Muda

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.
Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu.
Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan
mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa,
amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi.
Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati.
Kemudian, 
baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar,
kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama,
mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam.
Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu lakukan senaman ringan.
Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. 
Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan,
seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur
mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan
dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.







Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

04 December 2010

Kenapalah Engkau Malas Sembahyang



Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?


Kenapalah engkau malas sembahyang?

Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.
...
Kenapalah engkau malas sembahyang?

Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?

Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?

Kenapalah engkau malas sembahyang?

Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.
...
Kenapalah engkau malas sembahyang?

Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.
Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."
"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."




Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2011/04/tutorial-blog-cara-letak-button-share.html#ixzz1k6JZUYTy Under Creative Commons License: Attribution Share Alike